Monday 19 December 2011

PENDIRIAN GPMS UPSI TERHADAP ORANG YANG MENURUNKAN BENDERA YAB DS NAJIB

(PERHIMPUNAN DEPAN PINTU UTAMA UPSI)

Kami daripada GPMS UPSI menyatakan pendirian bahawa kami TIDAK MENYOKONG tindakan yang dilakukan oleh orang yang bernama Adam Adli daripada UPSI yang menurunkan bendera yang tertera gambar YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di hadapan PWTC dan menaikkan bendera SMM pada 17 Disember 2011 yang lalu. Kami mengecam tindakan ini kerana perbuatan ini langsung tidak menunjukkan kematangan mahasiswa. Kami juga berpendirian bahawa Adam Adli hanya membuat tindakan tersebut tanpa mewakili UPSI dan tindakannya adalah berdasarkan dirinya sendiri. Kami amat berharap bahawa Jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh UPSI dapat menjalankan siasatan dengan telus dan sekirannya ternyata dia bersalah maka hukumnya dengan sewajarnya supaya dapat mendapat memberi pengajaran kepada mahasiswa lain dan dia sendiri tidak mengulanginya lagi. Semoga siasatan yang dibuat dapat dilakukan secara menyeluruh, adil dan saksama. 

No comments:

Post a Comment