MUKADIMAH

Mukadimah GPMS :

KAMI pelajar Melayu yang dijemput oleh Jawatan Kuasa Sementara GPMS untuk menghadiri Persidangan Penubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung di Kuala Lumpur pada 14 dan 15 Ogos 1948:


SEDAR - Atas perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar-pelajar Melayu Semenanjung Tanah Melayu.

SEDAR - Akan kemunduran kami di alam pengetahuan. 

SEDAR - Atas kewajipan kami untuk meningkatkan darjat pengetahuan bangsa.

SEDAR - Bahawa maju-mundur, kaya-miskin dan hina-mulianya bangsa itu ditangan kami.

BERPENDAPAT bahawa GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG WAJIBLAH didirikan dengan tujuan menjaga hak-hak, mengemukakan segala permintaan dan memperbaiki keadaan pelajar-pelajar Melayu dari segenap lapisan.