TETAMU VIP
DATUK SERI DIRAJA ZAMBRY ABD. KADIR (MENTERI BESAR PERAK)
KUALA LUMPUR 11 Dis. - Pelajar Melayu yang berkelayakan harus diberikan peluang pendidikan percuma bermula dari sekolah rendah hingga ke peringkat ijazah kedoktoran (PhD).
Ia merupakan satu daripada lima usul yang dikemukakan sempena Persidangan Tahunan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kali Ke-57 selama tiga hari di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.
Usul mengenai pendidikan itu dikemukakan oleh perwakilan dari Pahang, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Presiden GPMS, Jais Abdul Karim berkata, usul itu akan dibawa ke peringkat tertinggi dan tidak akan terhenti dalam dewan persidangan sahaja.
"GPMS berpendapat dalam keadaan orang Melayu masih ketinggalan dalam bidang ekonomi dan kemampuan belajar yang masih rendah, mereka perlu diberi ruang belajar tanpa ada kekangan apatah lagi jika mereka adalah pelajar cemerlang.
"Ini selaras seperti mana yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan perkara ini dengan jelas," katanya kepada Utusan Malaysia.
Menurut beliau, GPMS juga mahu supaya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meneruskan pemberian pinjaman kepada pelajar lain yang memenuhi syarat tanpa mengira latar belakang kaum.
"Pada masa sama, GPMS berpendapat, konsep pembayaran balik pinjaman secara ujrah yang diperkenalkan badan itu merugikan pelajar Melayu.
"Kami akan menyiapkan kajian lengkap dan menyerahkan penemuan kepada PTPTN dalam masa terdekat tentang kenapa ia merugikan," katanya.
Antara usul lain yang turut dibawa ialah mendesak kerajaan menghalang pihak tertentu mempromosikan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT); membincangkan pindaan Sekyen 15 Akta Kolej dan Universiti 1974; memartabatkan tulisan jawi serta subjek sejarah diajar di peringkat sekolah rendah.
Dalam pada itu, persidangan kali ini turut meraikan ahlinya yang bergelar raja sehari apabila persidangan menerima kunjungan Setiausaha Agung GPMS Selangor, Rezduan Razali yang melangsungkan perkahwinan dengan Halinah Ag Yussoff pada 16 September lalu.
"Saya terharu dengan penghormatan ini dan akan terus berjuang bersama GPMS sejak menyertai pada 2001," katanya selepas memotong kek perkahwinan di atas pentas bersama Ahli Majlis Tertinggi GPMS.
Sementara itu, persidangan tahun hadapan akan diadakan di Akademi GPMS Terengganu selepas menerima undian tertinggi perwakilan iaitu sebanyak 80 undi mengalahkan UPSI Perak yang mendapat 49 undi.
No comments:
Post a Comment