PERLEMBAGAAN

Perlembagaan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung

Fasal I: Nama dan Pejabat Berdaftar
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung didaftarkan di bawah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.

Fasal II: Takrif Nama Persatuan
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung bermaksud bersatunya pelajar-pelajar Melayu yang lahir di semenanjung untuk menjaga hak dan kepentingan di seluruh semenanjung Malaysia yang belajar di Universiti pendidikan Sultan Idris.

Fasal III: Matlamat
a)      Menjaga dan memartabatkan kesucian agama Islam, kebudayaan dan kesenian Melayu.

b)      Menjaga dan memperjuangkan hak-hak dan kepentingan pelajar Melayu di seluruh Semenanjung Malaysia. Langkah-langkah perlu dalam membantu pelajar-pelajar Melayu yang mundur atau tidak mampu melanjutkan pelajaran.

c)      Bekerjasama atau bergabung dengan mana-mana pertubuhan sama ada pertubuhan itu merupakan pertubuhan pelajar atau bekas pelajar atau pertubuhan lain yang berdaftar di bawah mana undang-undang termasuk Akta Pertubuhan 196 di dalam negara atau luar negara yang boleh membawa manfaat kepada matlamat dan tujuan GPMS.

d)      Mewujudkan hubungan kerjasama dan jalinan maklumat (information network) di kalangan para pelajar dan bekas pelajar bagi mempertingkatkan penglibatan dan sumbangan mereka dalam mencapai kecemerlangan pendidikan dan matlamat Wawasan Negara.

e)      Mengadakan aktiviti-aktiviti pelajaran dan pendidikan termasuk diskusi, ceramah, seminar, latihan, kebudayaan, kesukanan, keagamaan, penerangan, kaunseling dan motivasi dalam menyediakan pelajar dan masyarakat yang mampan, berilmu, beriman dan bertakwa sebagai persediaan membentuk generasi pelapis kepada pimpinan negara.

f)        Menjalinkan kerjasama dengan pihak kerajaan dalam menjayakan dan melaksanakan dasar-dasarnya yang berkaitan dengan pembangunan pendidikan selaras dengan Dasar Pendidikan Negara.

g)      Mengembang, menggalak dan menimbulkan kesedaran pendidikan berpersatuan kepada para pelajar di sekolah bagi melahirkan generasi pemimpin di peringkat muda dalam bentuk kegiatan luar darjah dengan mendapat kebenaran Kementerian Pendidikan terlebih dahulu.

h)      Menjadi badan penasihat dan pemberi bimbingan kepada ahli-ahli dalam menangani masalah yang berkaitan dengan pelajaran dan pendidikan.

Fasal IV: Keahlian
Dikhususkan kepada semua pelajar Melayu yang dilahirkan di Semenanjung.

Fasal V: Yuran
Yuran ditetapkan bagi setiap semester adalah sebanyak RM 10.00. Namun yuran juga boleh dikutip apabila Persatuan mengadakan sesuatu aktiviti atau program. Kadar kutipan yuran itu adalah tertakluk kepada kata putus bendahari setelah berbincang dengan Yang Dipertua. Mengikut kadar yang sepatutnya.

Fasal VI: Pengurusan Persatuan
Persatuan diuruskan oleh Yang Dipertua dan penasihat serta dibantu oleh AJK Tertinggi dalam persatuan.

Fasal VII: Tugas dan Kuasa Majlis Tertinggi
7.1 Majlis tertinggi
Mengadakan mesyuarat sebulan sekali. Membincangkan tentang aktiviti dan perkara-perkara berbangkit.
7.2 Yang Dipertua                  
Menguruskan dan menyelia perjalanan persatuan. Merancang dan mengendalikan program-program baru. Memastikan keterlibatan kesemua AJK dan ahli persatuan.
7.3 Timbalan Yang Dipertua
Membantu Yang Dipertua dalam menguruskan persatuan. Boleh membuat keputusan sekirannya Yang Dipertua Tiada. Merancang dan mengendalikan program-program baru bersama Yang DiPertua.
7.4 Naib Yang Dipertua
      Membantu melancarkan lagi pentadbiran dalam menguruskan persatuan. Akan   
      membantu Timbalan Yang Dipertua dalam mengendalikan persatuan.
7.5 Setiausaha Agung
Menguruskan hal-ehwal berkaitan persuratan dan juga minitkan mesyuarat setiap kali mesyuarat dijalankan. Membantu Yang Dipertua dalam menguruskan persatuan.
7.6 Penolong Setiausaha Agung
Membantu kerja-kerja Setiausaha Agung
7.7 Bendahari
Menguruskan kewangan Persatuan. Membentangkan belanjawan Persatuan setiap kali mesyuarat diadakan.
7.8 Penolong Bendahari
Membantu kerja-kerja kewangan Bendahari Persatuan
7.9 Editor
Membuat dan mengumpulkan laporan setiap kali persatuan mengadakan aktiviti


8.0  Ahli Jawatankuasa Yang Lain:
Ketua Biro, Pengangkutan, Publisiti, Perpaduan Dan Kebajikan, Persiapan Tempat, Seminar, Keselamatan.

Fasal III: Mesyuarat Agung
Diadakan setiap satu tahun sekali. Mesyuarat ini akan dihadiri oleh Pengerusi GPMS Negeri Perak, dan Penasihat Persatuan serta akan mengundang wakil dari pihak HEP.

Fasal IX: Pentadbiran
Diuruskan oleh AJK Tertinggi yang diketuai oleh Yang Dipertua dan membincangkan dengan Penasihat Persatuan.

Fasal XI: Kewangan
Diuruskan oleh Bendahari dan Penolong Bendahari. Perlu membincangkannya juga dengan Yang Dipertua Persatuan dan juga Penasihat Persatuan

Fasal XII: Pindahan Perlembagaan
Hendaklah dilakukan dengan persetujuan semua ahli. AJK Tertinggi harus mengundi terlebih dahulu. Undiannya hendaklah 1/2 daripada undian.

Fasal XIII: Pembubaran Persatuan
Dilakukan hanya sekiranya semua ahli bersetuju. Undian Hendaklah seratus peratus daripada jumlah undian.

Fasal XIV: Penasihat Persatuan
Penasihat pertama GPMS UPSI ialah Prof. Madya Datuk Paduka Dr. Mohd Rosli Bin Saludin. Sekiranya Persatuan hendak melantik penasihat baru. Harus mendapat persetujuan dan undian 1/2  jumlah undian yang dibuat.