Thursday 10 November 2011

Sekilas Penglibatan GPMS Melaka di Program MBMBI dan TERAJU


Penglibatan GPMS Melaka di MBMBI dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris. 

Antara yang di bincangkan semasa program MBMBI ( Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris ) ialah dasar pendidikan tidak berbalik semula kepada Dasar PSPMI dan Penambahbaikan strategi perlaksanaan dasar MBMBI. Presiden GPMS Kebangsaan Encik Jais Abdul Karim bersama ahli GPMS lain berbincang bersama pihak kementerian tentang dasar-dasar MBMBI yang di harapkan tidak menjejaskan potensi anak-anak Melayu dalam bidang pekerjaan yang semakin berdaya saing. Harapanku agar kementerian bertindak proaktif melaksanakan dasar ini dengan lebih telus dan bukan atas desakan mana-mana pihak demi kepentingan anak-anak Melayu.


Penglibatan GPMS Melaka di TERAJU pemangkin ekonomi bumiputera.

Antara yang di Bincangkan ialah skim yang di sediakan oleh pihak kerajaan kepada Bumiputera melalui TERAJU.  Harapanku agar pihak GPMS mempergunakan segala kemudahan yang ada demi memperjuangkan Agama, Bangsa Dan Negara.

Sekalung Penghargaan kepada Tuan Pengerusi GPMS Melaka Encik Mohd Marwan Abu Kasim .

pejuangmelaka - Semoga pendedahan ini membuka peluang kepada ahli GPMS tentang dasar MBMBI dan peluang yang di sediakan untuk anak Melayu yang mempunyai minat untuk menceburi bidang perniagaan.

SUMBER : Pejuang Melaka

No comments:

Post a Comment