Thursday 5 January 2012

ANALISIS 901

Analisis 901

i. Tiada sesiapa pun terkecuali dari ikatan undang-undang negara termasuk DSAI. Contoh keputusan mahkamah ke atas kes Datuk Mokhtar Hashim, Datuk Harun Idris, Tan Sri Kasitah Ghadam, Datuk Seri Khir Toyo dan lain-lain.

ii. Kes ini adalah kes perbicaraan mahkamah antara dua individu (Saiful Bukhari Azlan lawan DSAI) dan tiada kaitan dengan Kerajaan dan rakyat. Oleh itu, ia tidak wajar dipolitikkan.

iii. Tiada sebab DSAI menolak keputusan mahkamah kerana telah diberi masa dan peluang yang lebih dari cukup dan istimewa untuk membela diri.

iv. Mana-mana pihak termasuk parti pembangkang tidak wajar bertindak menghasut rakyat bagi mempengaruhi keputusan mahkamah melalui apa jua tindakan termasuk demonstrasi.

v. Demonstrasi tidak mampu mengubah aliran atau aluran perundangan negara. Jika itu yang dituntut oleh penyokong-penyokong DSAI, maka negara dan sistem kenegaraannya akan hancur lebur.

vi. DSAI telah memanfaatkan sistem kehakiman yang sama untuk menuntut keadilan dan pernah memenangi beberapa kes. Oleh itu kenapa sistem yang sama itu dipersoalkan? Contoh: ‘DSAI pernah menang RM6 juta dalam kes buku 50 dalil kenapa Anwar tidak layak jadi PM’.

vii. Rakyat tidak seharusnya diheret ke dalam kancah kes peribadi DSAI. Sesiapa sahaja perlu menghadapi kes masing-masing dan menerima hukuman seadanya.

viii. Tindakan DSAI berarak ke seluruh negara membela diri sebelum keputusan mahkamah adalah tindakan yang zalim terhadap sistem kehakiman dan undang-undang negara. Ini adalah agenda politik peribadi DSAI.

ix. Gerakan membebaskan DSAI adalah agenda politik dan bukan bertujuan mencari keadilan. Ini kerana sekiranya beliau didapati bersalah maka beliau boleh membuat rayuan di Mahkamah Rayuan dan seterusnya di Mahkamah Persekutuan. Ini menunjukkan sistem kehakiman negara adalah adil dan tidak zalim. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab rakyat menghormati sistem ini.

x. Perhimpunan haram ini boleh mengakibatkan ketenteraman awam terancam, menyusahkan urusan harian rakyat dan mencemarkan imej negara di mata dunia. Keadaan ini juga akan memberi kesan langsung kepada sosio-ekonomi negara dan akhirnya rakyat yang menanggung beban.

xi. Rakyat seharusnya lebih matang untuk berhadapan dengan kes-kes seperti ini dan jangan sekali- kali memperjudikan kedaulatan negara dan kesejahteraan hidup rakyat yang telah dikecapi sekian lama hanya kerana kes mahkamah yang melibatkan seseorang individu.

(VIDEO EKSLUSIF)Nur Amalina Che Bakri (Duta GPMS) Menjawab Segala Cemuhan


Semalam, bermula jam 5.17 petang, sekumpulan wartawan tempatan berada di rumah ibu pelajar cemerlang 17A1 pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004, Nur Amalina Che Bakri bagi mendengar sendiri jawapannya terhadap semua isu yang tersebar di media sosial.

Perbualan melalui sidang video Skype lebih sejam sangat mesra malah penuntut Universiti Edinburgh, United Kingdom itu menjawab setiap persoalan yang diajukan kepadanya.

Kini berusia 24 tahun, gadis yang lahir pada 7 Disember ini sekali lagi menjadi tajuk utama akhbar tempatan semalam; genap setahun selepas kisahnya dipaparkan mengenai dakwaan dia gagal dalam pengajiannya di luar negara (read here) dan pulang senyap-senyap ke rumah ibunya.

Khabar angin itu bagaimanapun tidak benar. Sekali lagi, minggu ini, kisah gadis pintar ini hangat diperkatakan.

Media sosial sejak beberapa hari lalu hangat memperkatakan tentang isu gambar Nur Amalina mengenakan ‘legging’ yang diambil dari arkib foto akaun Facebook miliknya.

Mungkin ini harga yang perlu dibayar menjadi seorang ikon yang cemerlang dalam pendidikan sehingga menjadi rutin tahunan yang perlu dihadapi keluarganya.

Sebelum mendengar penjelasan Nur Amalina, perkembangan terkini gadis ini harus diberi perhatian kerana kini turut terlibat dalam menyediakan kertas penyelidikan untuk dimuatkan dalam jurnal perubatan di Eropah.

Apa yang membanggakan, selain pengajian perubatan, Nur Amalina yang memperolehi keputusan cemerlang, turut ditawarkan mengambil ijazah tambahan dalam bidang farmakologi dalam tempoh setahun berbanding empat tahun.


Pastinya bukan mudah untuk bergelut dengan dua ijazah apatah lagi di negara asing. Berikut adalah cerita Nur Amalina:


Nur Amalina melanjutkan pengajian ke United Kingdom sejak lapan tahun lalu bagi menduduki peperiksaan A Level melalui tajaan Bank Negara Malaysia.

Disebalik khabar angin berniat negatif mendakwa pelajar itu sudah pulang ke Malaysia kerana gagal dalam penganjiannya pada 2009, Nur Amalina terus memperolehi pelbagai kecemerlangan dalam bidang yang dipelajarinya. Antaranya:

Bertugas Pada ketika kita mencemuh tentang betapa tidak Islamnya Nur Amalina, dia turut melakukan khidmat masyarakat mengajar Bahasa Inggeris bukan di kondominium mahupun banglo berkolam renang, sebaliknya di Orphanage, Tanzania dan Zanzibar, pada 2009.

Dia juga mengajar bahasa yang sama sejak 2008 hingga kini di Bergamo Scuole Elementare, Itali.


Bagi kerja kerja penyelidikan, Nur Amalina kini giat menyiapkan draf bagi bab terakhir kertas “Reproductive: Obstetrics and Gynaecology” in ABC of Medically Unexplained Symptoms 2011/2012

di bawah seliaan Dr Andrew Horne, Consultant Gynaecologist, Royal Infirmary of Edinburgh, University of Edinburgh.

She is writing a book chapter on medically unexplained symptoms in obstetrics and gynaecology, which involved chronic pelvic pain, dyspareunia and vulvodynia.

Sementara kita semua hanya hebat menulis di blog/twitter/facebook seperti aku, Nur Amalina juga dalam proses menyiapkan manuskrip untuk satu terbitan dalam Journal of Clinical Oncology bagi kajiselidik “The resection of lymph nodes and the consequences in survival rate of patients with breast cancer (2011/12)” di bawah pengawasan Prof Mike Dixon, Professor of Surgery and Consultant Surgeon, Edinburgh Breast Unit, Western General Hospital.

SUMBER : HAZREY 

Wednesday 21 December 2011

Sekitar Seminar Kebangsaan Keperluan Masa Depan Pengajaran Kesusasteraan Melayu

SEMINAR KEBANGSAAN KEPERLUAN MASA DEPAN PENGAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU

PROGRAM YANG DIJALANKAN DI DEWAN SERI TANJUNG UPSI

MAHASISWA/I UPSI YANG MEMENUHI PROGRAM ILMU

KETUA PENERANGAN GPMS UPSI YANG MENGHADIRI SEMINAR

SU AGUNG GPMS UPSI YANG MENGHADIRI SEMINAR

AHLI GPMS UPSI YANG MENGHADIRI SEMINAR


PROF. MADYA DR. LIM SWEE TIN JUGA HADIR DI SEMINAR

EN. ADZMAN DARIPADA LEMBAGA PEPERIKSAAN KPM YANG DIJEMPUT

PENBENTANGAN KERTAS KERJA OLEH PENGANJUR PROGRAM PROF. MADYA DR. SITI KHARIAH BINTI ZUBIR, PENSYARAH KESUSASTERAAN MELAYU

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA OLEH PROF. EMERITUS YUSOF HASAN

JAMUAN MAKAN TENGAH HARI

PENASIHAT 2 GPMS UPSI MEMBENTANGKAN KERTAS KERJA

GAMBAR KENANGAN BERSAMA PEJUANG BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PROF. MADYA DR. LIM SWEE TIN

GAMBAR KENANGAN BERSAMA PROF. MOKHTAR HASSAN DARIPADA UM











Sekitar Perhimpunan Aman menyokong YAB DS Najib

PADA 21/12/2011 GPMS UPSI TELAH MENGHANTAR WAKIL UNTUK MENYATAKAN SOKONGAN KEPADA YAB DS NAJIB DI PERKARANGAN PEJABAT KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI DI PRESINT 5 PUTRAJAYA YANG DIKETUAI OLEH YDP GPMS UPSI DS FARHAN DAN KETUA PENERANGAN GPMS UPSI MOHD AZREIN ABBAS.

YDP GPMS UPSI DIBERIKAN KESEMPATAN UNTUK BERUCAP


MAHASISWA/I UPSI YANG HADIR UNTUK MENYOKONG YAB DS NAJIB

KEHADIRAN AWAL MAHASISWA/I UPSI

MENGAMINKAN DOA SEBELUM PERHIMPUNAN DIMULAKAN

TANDA TANGAN YANG DIKUMPULKAN UNTUK MENUNJUKKAN SOKONGAN PENUH KEPADA YAB DS NAJIB

UCAPAN PRESIDEN ASPIRASI MALAYSIA DAN TURUN KELIHATAN YDP GPMS UPSI YANG BERADA DI BARISAN HADAPAN

LAUNGAN "WE LOVE PM" BERGEMA DI PUTRAJAYA

YDP GPMS UPSI DIBERI PENGHORMATAN MEMBERIKAN UCAPAN DI HADAPAN MAHASISWA/I YANG HADIR DARI PELBAGAI IPTA DAN NGO.

(GAMBAR EHSAN DARIPADA KLPOS)

MEMORANDUM YANG DISERAHKAN 


PEJUANG DARIPADA UPSI YANG HADIR 








Monday 19 December 2011

Tahniah Ahli MT Baharu dan EXCO yang dilantik hasil mesyuarat 19/12/2011

TAHNIAH DI UCAPKAN KEPADA PENGGERAK GPMS UPSI YANG BAHARU BAGI MENGISI TEMPAT KOSONG YANG TELAH DITINGGALKAN, SEMOGA DAPAT MENJALANKAN AMANAH DEMI ANAK BANGSA DENGAN IKHLAS DAN SEBAIKNYA..


MASITAH BINTI RASIDI 
SETIAUSAHA KERJA

NOOR EZZA HAZREEN BINTI SHAMSUDDIN
PENOLONG BENDAHARI

SITI NOR HAMIZAH BINTI HAMIRUDIN
AJK PUSAT

SITI KHADIJAH BINTI ABDUL RAHMAN
AJK PUSAT

MOHD SALIHIN BIN MAHUSSAIN
EXCO SUKAN DAN REKREASI

MOHAMMAD AZROL NISAM BIN ALI
EXCO SUKAN DAN REKREASI 

NAZIFI SHAMSUDIN 
EXCO PERKADERAN

MUHAMAD AZWAN HANIF BIN SYUKRI
EXCO PERKADERAN

PENDIRIAN GPMS UPSI TERHADAP ORANG YANG MENURUNKAN BENDERA YAB DS NAJIB

(PERHIMPUNAN DEPAN PINTU UTAMA UPSI)

Kami daripada GPMS UPSI menyatakan pendirian bahawa kami TIDAK MENYOKONG tindakan yang dilakukan oleh orang yang bernama Adam Adli daripada UPSI yang menurunkan bendera yang tertera gambar YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di hadapan PWTC dan menaikkan bendera SMM pada 17 Disember 2011 yang lalu. Kami mengecam tindakan ini kerana perbuatan ini langsung tidak menunjukkan kematangan mahasiswa. Kami juga berpendirian bahawa Adam Adli hanya membuat tindakan tersebut tanpa mewakili UPSI dan tindakannya adalah berdasarkan dirinya sendiri. Kami amat berharap bahawa Jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh UPSI dapat menjalankan siasatan dengan telus dan sekirannya ternyata dia bersalah maka hukumnya dengan sewajarnya supaya dapat mendapat memberi pengajaran kepada mahasiswa lain dan dia sendiri tidak mengulanginya lagi. Semoga siasatan yang dibuat dapat dilakukan secara menyeluruh, adil dan saksama.