Thursday, 3 November 2011

KAMI BUKAN BERPIKET ATAU BERDEMONTRASI


Kenyataan rasmi daripada Yang Dipertua GPMS UPSI mengenai rapat umum yang dianjurkan bersama-sama Pemimpin-pemimpin Pimpinan Bitara (ASPIRASI), Mahasiswa Pendidik (MP), Smile, Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) serta GPMS UPSI sendiri secara terang hari ini telah disalah ertikan oleh media, antaranya mengatakan kami berpiket dan berdemontrasi.

Menurut YDP GPMS UPSI Mohammad Farhan atau lebih dikenali sebagai Ds Farhan, “persetujuan bagi menolak sebarang ideologi politik dan demontrasi telah dipersetujui bersama oleh pemimpin-pemimpin di UPSI yang ingin membantu mahasiswa dalam menyelesaikan isu posting yang menjadi isu hangat sejak kebelakangan ini apabila kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 30 Oktober 2011 yang mengatakan bahawa hanya tajaan KPM sahaja akan dipostingkan, itupun cepat atau lambat. Mahasiswa yang hadir di rapat umum pada 2 November 2011 di sudut Pidato di UPSI hanya menuntut HAK HAKIKI mahasiswa dalam jurusan pendidikan untuk dipostingkan apabila lebih kurang 7000 mahasiswa-mahasiswi seluruh Negara yang sudah bergraduat masih lagi menganggur setelah 6 bulan.”
Akhbar tempatan seperti Harakah dan Malaysiakini  mengatakan mahasiswa yang hadir berpiket dan berdemontrasi adalah satu kenyataan yang tidak benar sama sekali. Memetik kenyataan  dalam harakah mengatakan,
"Piket tengah hari semalam telah dianjurkan oleh Gabungan Bertindak Mahasiswa yang dicetus oleh wakil LMP sebuah 'front' Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Adam Adli dan wakil Gabungan Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Wan Ahmad Fathi.
"Gabungan mahasiswa ini turut digerakkan bersama wakil Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), serta 'front' mahasiswa UPSI yang lain,"
Antara lain tajuk dalam Malaysiakini juga Mahasiswa berdemo tuntut jaminan penempatan juga adalah tidak benar sama sekali. “Saya menyangkal dakwaan mengatakan mahasiswa-mahasiwa berdemo sama sekali menurut YDP GPMS UPSI yang hadir bersama-sama mempertahankan hak posting kerana UPSI melahirkan guru-guru yang professional dalam bidang Pendidikan Negara."
Mahasiswa UPSI juga mendesak supaya pihak KPM memberikan kenyataan rasmi mengenai bila borang boleh dikeluarkan dan bila temuduga untuk mahasiswa diseluruh Negara yang sudah bergraduat dalam bidang pendidikan ini boleh dipostingkan. Pihak mahasiswa juga meminta supaya pihak KPM mendahulukan mahasiswa yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) untuk dipostingkan berbanding Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).
Pihak Mahasiswa juga tidak menyalahkan GSTT kerana pihak KPM yang membuka laluan untuk mereka memohon sebagai guru sandaran namun ISMP harus didahulukan. Pihak mahasiswa UPSI kini sedang mengumpulkan sebanyak 10 ribu tanda tangan untuk dihantar bersama-sama memorandum kepada Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin. Diharap semua mahasiswa-mahasiswi UPSI memberikan kerjasama baik dan menyokong hasrat pemimpin-pemimpin UPSI menyelesaikan isu posting ini secepat mungkin. 



Wednesday, 2 November 2011

5,000 mahasiswa UPSI tuntut jaminan


5,000 mahasiswa UPSI tuntut jaminan

TANJUNG MALIM 2 Nov. - Seramai 5,000 mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menuntut Kementerian Pelajaran memberi jaminan penempatan sekolah kepada mereka sama seperti Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, Afiq Fikri Mislan berkata, graduan UPSI telah dilatih untuk menjadi guru sebenar, sekali gus mengurangkan isu guru tidak profesional, berkualiti serta berkelayakan.

"Mengapa kekosongan jawatan guru diberikan kepada lepasan GSTT yang pada hemat kami tiada kelayakan sebenar untuk bergelar guru," katanya kepada Utusan Malaysia selepas menyerahkan memorandum tuntutan penempatan pemegang ijazah itu kepada Timbalan Naib Canselor UPSI, Profesor Dr. Noraini Idris di sini hari ini.

Tuntutan tersebut turut disokong oleh Gabungan Graduan ISMP Malaysia, Legasi Mahasiswa Progresif UPSI dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung UPSI.

Dalam memorandum setebal lima muka surat itu, mereka turut menggesa Kementerian Pelajaran menghentikan pengambilan GSTT sebagai guru tetap kerana golongan tersebut sepatutnya menjadi sokongan dan bukan pilihan utama.

Ahad lalu, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong memberitahu, kekosongan jawatan guru di sekolah seluruh negara akan diisi oleh 7,000 GSTT.

Afiq Fikri berkata, pihaknya berharap UPSI akan menyerahkan memorandum tersebut kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran.

"Kami menuntut agar kementerian tidak menawarkan pelan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kepada graduan lepasan ijazah bukan pendidikan kerana ia mampu membunuh usaha melahirkan guru profesional.

"Kementerian juga perlu mengeluarkan unjuran penempatan yang lebih tepat dan telus agar pihak universiti dapat menyediakan jumlah graduan yang mencukupi," katanya.

Mengulas lanjut, Afiq Fikri berkata, tuntutan itu dibuat bagi menjamin masa depan mahasiswa dan graduan UPSI.

"Kebanyakan graduan UPSI menganggur kerana mereka tidak diterima bekerja di sektor lain atas alasan ijazah pendidikan yang dimiliki tidak menepati kehendak mereka.

"Justeru, peluang graduan ini untuk bekerja hanyalah dalam bidang pendidikan tetapi hak kami sebagi guru telah dinafikan oleh golongan GSTT tersebut," ujarnya.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA


Monday, 31 October 2011

MEMPERJUANGKAN HAK-HAK POSTING MAHASISWA/I UPSI


MEMOHON MAHASISWA/I UPSI TURUN UNTUK KITA BERSAMA-SAMA MENUNTUT HAK "POSTING" DAN KAMI TELAH BERBINCANG BERSAMA PIMPINAN BITARA, MAHASISWA PENDIDIK, LEGASI MAHASISWA PROGRESIF, GABUNGAN GRADUAN ISMP MALAYSIA, SMILE SAHABAT MAHASISWA UNIVERSITI DAN GPMS UNTUK KITA TURUN BERAMAI-RAMAI DI SUDUT PIDATO UNTUK MENGUMPULKAN 10 RIBU TANDA TANGAN SOKONGAN POSTING UNTUK MAHASISWA/I UPSI.

Sunday, 23 October 2011

7 WASIAT RAJA MELAYU






  1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia)
  2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
  3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
  4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;
  5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;
  6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;
  7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).                                                                                                                                                       Sumber : Wikipedia

HAYATI SEJARAH GPMS, ADAKAH GPMS RASIS??



MUKADIMAH GPMS :

KAMI pelajar Melayu yang dijemput oleh Jawatan Kuasa Sementara GPMS untuk menghadiri Persidangan Penubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung di Kuala Lumpur pada 14 dan 15 Ogos 1948:


SEDAR - Atas perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar-pelajar Melayu Semenanjung Tanah Melayu.

SEDAR Akan kemunduran kami di alam pengetahuan. 

SEDAR - Atas kewajipan kami untuk meningkatkan darjat pengetahuan bangsa.

SEDAR - Bahawa maju-mundur, kaya-miskin dan hina-mulianya bangsa itu ditangan kami.

BERPENDAPAT bahawa GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG WAJIBLAH didirikan dengan tujuan menjaga hak-hak, mengemukakan segala permintaan dan memperbaiki keadaan pelajar-pelajar Melayu dari segenap lapisan.



SEJARAH PENUBUHAN GPMS:

Kemunduran bangsa Melayu di bidang ekonomi, sosial dan politik telah menjadi pendorong yang kuat ke arah penubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 14 dan 15 Ogos 1948. Atas hasrat untuk mengatasi segala kekurangan tersebut maka telahberkumpul beberapa orang pelajar Melayu Maktab,Raffles dan Maktab Perubatan Singapura bagi menaja penubuhan sebuah badan pelajar Melayu peringkat kebangsaan yang bertujuan untuk menggabungkan semua badan pelajar yang sedia wujud ketika itu.

Kesedaran orang Melayu khususnya di kalangan pelajar tentang kemunduran dalam tiga (3) lapangan hidup tersebut telah bermula sejak awal tahun 1900 lagi. Sekitar tahun 1906 satu percubaan radikal untuk merubah cara fikir dan nilai-nilai hidup yang dianggap merugikanseperti halangan yang dikenakan kepada anak gadis untuk bersekolah dan sikap yang tidak menggalakkan anak-anak muda yang terdidik di Timur Tengah. Ada pun yang anak-anak tersebut dan yang terkemuka ialah Syed Al Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Syed Salim Al Kalali.

Di bidang ekonomi pula, seorang pemikir muda iaitu Zainal Abidin Ahmad (Za'aba) telah menulis satu rencana khas tentang kemiskinan orang Melayu sebagaimana yang tersiar dalam Al Ikhwan pada 16 Mac 1927. Manakala di bidang politik telah bangkit satu angkatan pelajar dari Sultan Idris Training College (SITC) yang telah bekerja keras dalam usaha mereka membebaskannegara dari belenggu penjajahan. Dengan mendapat asuhan semangat dari guru-guru muda seperti Abdul Hadi Hassan dan Harun Aminurashid, para pelajar tersebut yang diketuai oleh Ibrahim Haji Yaacob telah merintis perjuangan siasah secara kolektif.

Walau bagaimanapun, semua tuntutan dan perjuangan tersebut telah menjadi semakin berkesan hanya setelah tamatnya Peperangan Dunia Kedua, di mana pada masa itu satu kesedaran nasionalisme telah menjadi socialforce akibat berlakunya penyebaran idea mengenai kemerdekaan dan pembangunan. Kemenangan Jepun dalam peperangan tersebut dan hasrat Inggeris untuk menjadikan Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara jajahan dengan konsep 'Kesatuan Malaya' telah menumbuhkan secara spontan satu peribadi Melayuyang mementingkan rasa ketuanan di negara sendiri.

Sebenarnya GPMS telah pun melalui empat (4) peringkat masa iaitu dengan penubuhan beberapa kumpulan pelajar Melayu yang dengan sedar telah berusahameningkatkan kualiti pelajaran dan pendidikan orang Melayu.

Peringkat Pertama ialah pada tahun 1937 di mana telah tertubuhnya 'Malay Boys League' di Penang Free School ; Kedua, pada tahun 1945 dengan tertubuhnya 'Kesatuan Penuntut Melayu Victoria Institution' Ketiga, pada tahun 1947 iaitu dengan tertubuhnya 'Kesatuan Penuntut Melayu Selangor' dan Keempat, pada tahun 1948 apabila tertubuhnya 'Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)'.

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung 1948

Syed Hussein Al Attas dalam bukunya, `The Intellectuals and Developing Societies' menulis :

Intellectuals thrive, when societies undergo a crisis, when something great ia at stake. The intellectuals came on the sceneoin their countries when they needed reform and aconceptual articulation of nationalism.

Kenyataan Al Attas tersebut adalah tepat untuk memaparkan sejarah penubuhan GPMS, Ketetapan tersebut adalah disebabkan suasana yang sedang dihadapi oleh bangsa Melayu ketika itu lantaran kurangnya pelajar Melayu di Peringkat pengajian tinggi. Akibat dari keadaan inilah maka isu utama yang menjadi pokok perbincangan selepas Perang Dunia Kedua ialah bagaimana caranya bagi mengatasi masalah tersebut yang sudah dianggap sebagai satu krisis kebangsaan yang mesti diatasi.

Seiring dengan hal tersebut hasrat untuk meramaikan pelajar Melayu di pusat pengajian tinggi telah menjadi social goal di kalangan masyarakat Melayu. Aminuddin Baki seorang pelajar Universiti Malaya Singapura dalam satu tulisannya menulis :

'Memandang pada pentingnya universiti itu bukan sahaja menjadi tempat mempelajari ilmu pengetahuan tinggi, tetapi juga sebagai tempat membentuk corak Melayu pada masa hadapan dan tempat asuhan pemimpin-pemimpinnya, maka tak dapat tidak jika bangsa kita ingin hidup maju dan mulia, maka terpaksalah bilangan penuntut kita diperbanyakkan lagi. Bangsa kita kekurangan doktor, peguam, ahli ikhtisas dan kekurangan dalam segala-­galanya. Kepada universiti itulah seharusnya kita mengarah pandangan berat memperbaiki keadaan kita yang serba serbi kekurangan ini'.

Pada pertengahan tahun 1948, Abdul Wahab Ariff iaitu Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Kolej Raffles dan Perubatan Singapura dalam ucapan tahunannya dengan tegas menyatakan,

'........ The Malay community was at present underrepresented at the upper educational levels. The Federation means nothing much to the present generation of Malay. Out of 2,200,000 Malays in the whole Malaya there are 25 Malay students out of 312 inthe Medical College, 33 out of 300 in Raffles College and of 200 Malayan students in the United Kindom, there are only 38 Malays....'

Menyedari bahawa semangat yang meluap-luap sahaja tidak akan dapat menyelesaikan masalah, dan belajar dari peristiwa penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union di mana orang Melayu telah bersatu dan kemudiannya telah menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu, maka timbullah fikiran di kalangan para pelajar Melayu itu untuk menggabungkan semua Kesatuan Penuntut Melayu negeri-negeri dan badan-badan pelajar di maktab-maktab ke dalam satu gabungan pelajar peringkat kebangsaan.

Cadangan ini sebenarnya bermula setelah Abdul Wahab Ariff menyampaikan ucapan tahunan dalam satu jamuan yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Islam Maktab Raffles dan Maktab Perubatan Singapura di Hotel Adetphi yang antara lain telah menggesa agar ditubuhkan sebuah badan pelajar Melayu yang dapat menyatukan seluruhbadan pelajar di Tanah Melayu dan diharapkan agar badan tersebut dapat menjalankan usaha meninggikankualiti pelajaran pelajar-pelajar Melayu. Antara yang 

hadir di majlis jamuan tersebut ialah seorang pelajar tahun pertama Maktab Raffles yang berasal dari Chemor,Perak iaitu Aminuddin Baki.

Dalam satu pertemuan di antara Aminuddin dengan Abdul Wahab Ariff, Aminuddin telah menyatakan kegembiraannya mendengar hasrat Abdul Wahab Ariff untuk menggabungkan badan-badan pelajar Melayu ke dalam satu badan gabungan. Aminuddin juga telah menyatakan tentang kegagalan beliau dalam usaha awalnya untuk menggabungkan beberapa buah badan pelajar Melayu ke dalam satu Kesatuan di Malaya.

Pada pertemuan tersebut juga, Aminuddin telah meminta Abdul Wahab Ariff meneruskan hasrat dan cita-citanyauntuk menggabungkan badan pelajar Melayu dan memainkan peranan utama dalam usaha tersebut. Pada pendapat Aminuddin, Abdul Wahab Ariff adalah orang yang paling tepat untuk menjalankan usaha ke arah lahirnya sebuah badan gabungan peringkat kebangsaan.

Anggota Jawatankuasa Penaja yang dilantik adalah para pelajar Maktab Raffles dan Maktab Perubatan Singapura yang terdiri daripada Abdul Wahab Ariff sebagaiPengerusi, Aminuddin Baki sebagai Setiausaha, Ahmad Ridhuan Haji Zainuddin sebagai Penolong Setiausaha, Abdullah Majid sebagai Bendahari, Siti Hasmah Mohd. Ali wakil Pemudi. Ahli Jawatankuasa pula terdiri daripada Mohamad Nor Marahakim, Wan Sulaiman Pawanteh-dan Abdul Rahim Ishak.
Ahli Jawatankuasa Penaja tersebut telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan beberapa perkara mengenai kongres dan penubuhan sebuah gabunganpelajar. Tarikh 14 dan 15 Ogos 1948 telah dipilih sebagai tarikh untuk mengadakan kongres dan penubuhan badan pelajar tersebut. Jawatankuasa tersebut juga telah bersetuju bahawa kongres tersebut akan diadakan di Kuala Lumpur dan Persatuan Penuntut Muslim Technical College, Kuala Lumpur akan menjadi tuan rumah kongres tersebut. Jemputan untuk menghadirikongres telah dihantar kepada semua badan pelajar di negeri-negeri seperti Selangor, Pahang dan Perak serta badan-badan pelajar di Maktab Teknik Kuala Lumpur dan Maktab Pertanian Serdang.

Kongres Penuntut Melayu Malaya telah diadakan selama dua (2) hari iaitu pada hari Sabtu dan Ahad, 14 dan 15 Ogos 1948 dengan dipengerusikan oleh Aminuddin Baki. Tujuh (7) buah badan pelajar telah menghadiri kongres tersebut. Badan-badan tersebut adalah Persatuan Penuntut Muslim Technical College Kuala Lumpur, Persatuan Persuratan Penuntut Melayu Maktab Pertanian Serdang, Perhimpunan Pelajar Melayu Insaf Perak,Kesatuan Persuratan Penuntut Melayu Pahang (KPMP),Kesatuan Persuratan Penuntut Melayu Selangor (KPPMS), Kesatuan Persuratan Penuntut Melayu Selangor Cawangan Kuala Lumpur dan Kesatuan Persuratan Penuntut Melayu Selangor Cawangan Kajang.

Persidangan tersebut telah membincang dan kemudiannya meluluskan rangka Perlembagaan, Panji-panji dan juga telah mengesahkan Surat Ikrar penubuhan sebuah badan pelajar yang diberi nama GabunganPelajar Melayu Semenanjung (GPMS).


Tuesday, 18 October 2011

MAJLIS PENERANGAN GPMS

Perhatian kepada semua ahli GPMS UPSI, program penerangan GPMS yang di sampaikan oleh En. Haidir Pen. Pengarah Birotatanegara Selangor berketetapan seperti berikut :

Tarikh : 19/10/2011



Masa : 8.00 malam

Tempat : Dewan Kulia
h G (DKG)


Mohon semua ahli jawatankuasa serta mahasiswa yang telah mendaftar atau belum mendaftar tetapi ingin menjadi ahli GPMS UPSI hadir untuk majlis ini, sekian terima kasih.



Monday, 3 October 2011

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) 2011

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) 2011 UNTUK SEMUA PELAJAR TINGKATAN 3, SEMOGA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG TAHUN INI, KAMI DARI SELURUH AHLI MAJLIS TERTINGGI DAN AHLI JAWATANKUASA GPMS UPSI 2011 MENDOAKAN SUPAYA KECEMERLANGAN TERUS DIKECAPI OLEH SEMUA PELAJAR. "SEMOGA BERJAYA ANAK BANGSAKU"