Friday, 30 September 2011

PENENTANGAN TERHADAP GPMS UPSI BERMULA


Serangan demi serangan oleh puak yang GENTAR dengan GPMS UPSI telah bermula dengan cuba memFITNAH Yang Dipertua GPMS UPSI. Serangan dari puak penentang ini telah bermula dengan beberapa kronologi serangan yang ingin menjatuhkan kepimpinan sedia ada.

Setelah TNC HEP UPSI Datuk Paduka Dr. Junaidi Abu Bakar di serang dan diikuti oleh YDP MPP UPSI Muhammad Afiq Fikri, kini giliran YDP GPMS UPSI yang baharu ditubuhkan menjadi serangan puak penentang UPSI. Siri FITNAH ini akan berterusan kerana pihak penentang ini tidak mempunyai isu dalam ingin memperjuangkan mahasiswa UPSI. 

Sikap GENTAR terhadap YDP GPMS yang pertama ini teserlah apabila mereka cuba memfitnah beliau dengan menggunakan "chatbox" di blog GPMS UPSI sendiri yang mengatakan beliau membubarkan GPMS UPSI dan mengatakan beliau "bodo" dan Persatuan GPMS ini sebagai "sampah".

YDP GPMS UPSI memberikan kenyataan bahawa "puak penentang ini akan terus menentang GPMS UPSI yang teguh dalam memperjuangkan mahasiswa semenanjung dalam pendidikan menjadikan UPSI sebagai gedung melahirkan pemimpin negara." 

Menurut beliau lagi, "serangan-serangan seperti ini sudah biasa bagi seorang pemimpin dan orang yang menyerang ini tidak mempunyai kreadibiliti sebagai seorang pemimpin di masa akan datang." oleh yang demikian beliau menasihatkan agar orang seperti ini tidak perlu dilayan kerana mereka tiada hala tuju dalam membantu mahasiswa UPSI serta langsung tidak dapat membantu dalam memperkasakan pendidikan negara. 

No comments:

Post a Comment