Thursday 29 September 2011

KURSUS TRANSFORMASI MAHASISWA GPMS

29/9/2011 pada pukul 8.30 pagi, ahli GPMS Cawangan Khas UPSI seramai 30 orang telah bergerak ke Biro Tatanegara Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur untuk kursus Transformasi Mahasiswa GPMS yang akan berlangsung selama 5 hari bermula 29/9/2011 sehingga 3/10/2011.

Kursus yang melibatkan IPTA yang mempunyai cawangan khas GPMS seluruh Malaysia untuk mengeratkan lagi silaturahim antara IPTA yang mempunyai cawangan khas dan juga bagi membina “team building” antara ahli GPMS. Ahli GPMS UPSI yang diketuai oleh saudara Johari Johar Bin Mod Yusof selaku Timbalan YDP GPMS UPSI dan Roslidaini Binti Mohamad selaku Penolong Bendahari GPMS UPSI telah dihantar sebagai wakil Ahli Majlis Tertinggi GPMS UPSI. 

Program Transformasi Mahasiswa GPMS ini yang di anjurkan oleh Biro Tatanegara yang diketuai oleh Penolong Pengarah Biro Tatanegara Cawangan Selangor sebagai ketua fasilitator. Kumpulan pertama GPMS UPSI yang telah mendaftar secara sah ini telah dihantar untuk berkhusus ini bagi menguatkan lagi GPMS UPSI. GPMS UPSI akan menyusul dengan pelbagai lagi aktiviti yang akan melibatkan mahasiswa/I UPSI.

No comments:

Post a Comment