Tuesday 5 April 2011

OBJEKTIF DAN KELEBIHAN

OBJEKTIF PENUBUHAN:

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Melayu
Cawangan Khas :

a)    Menjaga dan memartabatkan kesucian agama Islam, kebudayaan dan kesenian Melayu.

b)   Menjaga dan memperjuangkan hak-hak dan kepentingan pelajar Melayu di seluruh Semenanjung Malaysia. Langkah-langkah perlu dalam membantu pelajar-pelajar Melayu yang mundur atau tidak mampu melanjutkan pelajaran.

c)    Bekerjasama atau bergabung dengan mana-mana pertubuhan sama ada pertubuhan itu merupakan pertubuhan pelajar atau bekas pelajar atau pertubuhan lain yang berdaftar di bawah mana undang-undang termasuk Akta Pertubuhan 196 di dalam negara atau luar negara yang boleh membawa manfaat kepada matlamat dan tujuan GPMS.

d)   Mewujudkan hubungan kerjasama dan jalinan maklumat (information network) di kalangan para pelajar dan bekas pelajar bagi mempertingkatkan penglibatan dan sumbangan mereka dalam mencapai kecemerlangan pendidikan dan matlamat Wawasan Negara.

e)    Mengadakan aktiviti-aktiviti pelajaran dan pendidikan termasuk diskusi, ceramah, seminar, latihan, kebudayaan, kesukanan, keagamaan, penerangan, kaunseling dan motivasi dalam menyediakan pelajar dan masyarakat yang mampan, berilmu, beriman dan bertakwa sebagai persediaan membentuk generasi pelapis kepada pimpinan negara.

f)     Menjalinkan kerjasama dengan pihak kerajaan dalam menjayakan dan melaksanakan dasar-dasarnya yang berkaitan dengan pembangunan pendidikan selaras dengan Dasar Pendidikan Negara.

g)   Mengembang, menggalak dan menimbulkan kesedaran pendidikan berpersatuan kepada para pelajar di sekolah bagi melahirkan generasi pemimpin di peringkat muda dalam bentuk kegiatan luar darjah dengan mendapat kebenaran Kementerian Pendidikan terlebih dahulu.

h)   Menjadi badan penasihat dan pemberi bimbingan kepada ahli-ahli dalam menangani masalah yang berkaitan dengan pelajaran dan pendidikan.

KELEBIHAN MENUBUHKAN CAWANGAN KHAS GPMS:

a)    Memberi peluang kepada pelajar/mahasiswa untuk menglibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan, pendidikan, belia & sukan.

b)   Berupaya melahirkan generasi pelajar/mahasiswa yang berdaya saing serta mampu berdikari di masa hadapan

c)    Berupaya melahirkan generasi pemimpin dalam pertubuhan pelajar.

d)   Memudahkan pihak pengurusan IPT dalam mendapatkan kerjasama, sokongan & bantuan kewangan untuk menjalankan aktiviti.

e)    Menafikan tanggapan masyarakat bahawa lulusan IPT tidak mempunyai kualiti dari segi penglibatan aktiviti kemasyarakatan.

f)     Menaikkan taraf IPT hanya bukan sebagai sebuah institusi akademik semata-mata, malah sebagai sebuah institusi pembangunan modal insan.

No comments:

Post a Comment