Monday 4 April 2011

LOGO GPMS UPSI

Logo GPMS adalah berbentuk perisai berwarna hijau yang mempunyai peta Semenanjung Malaysia berwarna putih dan tangan yang memegang obor api merah dibahagian bawah terdapat nama GPMS iaitu Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung. Warna putih bermaksud kesucian dan kemurnian hati manakala warna merah menggambarkan kebenaran dan keberanian. Warna hijau menunjukkan kepulauan dan Nusantara Bangsa Melayu yang subur dan kaya-raya. Tangan bermaksud penyatuan dan keazaman: Obor api menandakan kepentingan ilmu pengetahuan dan pelajaran dalam mengangkat kemuliaan bangsa. Lidah api pecah enam menunjukkan Rukun Iman dan Keimanan manakala pecahan cahaya lima membayangkan Rukun Islam. Peta Semenanjung menunjukkan gerakan pelajar-pelajar Melayu di Semenanjung Malaysia

No comments:

Post a Comment